menarik,best,seronok.Wah..mula juga berangin aku nak buat akaun twitter.Mendaftar di twitter memang senang cuma bab CAPTCHA tu memang aku hangin sikit.Nak baca word memang susah gila.Tak silap 4 kali try baru boleh jalan.
Dah daftar.Blur...tak tahu guna.Mulalah menggelabah.Memang susah banget nak guna.Mulalah mencari blogger yang guna twitter,Follow beliau dan start eksperiment. Mula hantar teks dan mula lihat adakah beliau akan berinteraksi.3 hari buat pemerhatian,tiada balasan.Mulalah mencari bagaimana nak guna twitter di website Mat saleh tapi hampa.Penggunaan twitter untuk mereka bermakna Bisnes
( bussiness )!
( bussiness )!
Akhirnya setelah mengeledah Google barulah dapat satu E-book tentang cara menggunakan twitter.Memang pening mula-mula.Akhirnya aku reti dan faham juga tentang cara menggunakan twitter.Aku buat tutorial ini special untuk sesiapa yang tak tahu guna twitter.Yang dah tahu bolehlah kongsi tips lagi kat ruangan komen.
Dah ada akaun belum?Sign Up dulu sebelum menggunakan twitter.Dah Sign Up dan Login anda akan dibawa ke menu (Home) seperti ini.
Lihat What's happening?Dan ada tertera nombor 140.Nombor 140 itu merujuk kepada 140 patah perkataan yang boleh anda tulis.Tujuan twitter mengehadkan 140 patah perkataan adalah untuk mengelakkan Spam.Ada kotak putih dibawahkan?Itu adalah ruangan untuk menaip apa-apa yang anda suka.Ok.Faham?Next adalah sidebar.
Lihat Following
Merujuk kepada berapa orang yang anda ikut (follow).Kalau 22 orang maka 22oranglah yang anda follow!
Lihat Followers
Merujuk kepada berapa orang yang ikut belakang anda.Setakat ini Follower masih sikit.Hehe
Lihat Listed
Merujuk kepada daftar senarai siapa yang ikuti anda dan siapa yang anda ikuti.
Lihat @Heatzik(Username anda)
Merujuk kepada reply (balasan) yang telah dibuat oleh seseorang kepada andaUntuk reply ada pada setiap post bawah..
Lihat Direct Message
Untuk kegunaan Personal.Macam emel.Ada inbox dan Sent
Lihat Favourite
Kesukaan anda.Untuk favourite sila klik gambar bintang seperti gambar dibawah.Klik pada bintang untuk favourite!
Lihat Retweet (RT)
Retweet adalah satu "kuasa" untuk berkongsi sesuatu artikel dengan follower anda.Berkongsi adalah satu kuasa dalam twitter!Untuk retweet sila lihat gambar dibawah.Nak tahu maklumat lebih lanjut lawati blog brader zulseffort tentang "mengapa perlu retweet?".Terbaik dari ladang....!
Cara Menggunakan Twitter
i)Bagaimana Follow mereka?
Login Dulu di Twitter.Untuk follow pengguna yang lain.Sila pergi ke profail mereka dan klik follow dibawah gambar mereka.Lihat contoh pada page radio EraFM.Klik pada +follow untuk follow mereka.
ii)Bagaimana Untuk Berinteraksi?
Untuk berinteraksi sila klik pada kekunci berbentuk gerigi di sebelah list.Akan ada drop menu.Klik pada @mention untuk menaip.Sila lihat gambar di bawah.
Setelah anda klik pada @mention anda akan dibawa ke page anda.Taip pada ruangan petak kosong yang disediakan!Jangan anda memadam tulisan @username kerana huruf [at]/(@) adalah untuk hantar mesej anda kepada seseorang.Lihat dibawah.Setelah selesai,klik reply!Selesai satu bab!
iii)Bagaimana untuk Unfollow dan juga Block? (Tidak mahu ikut lagi)
Ini paling kejam.Jangan kau buat padaku...Tapi apa boleh buat, nak tak nak kena jugalah terangkan.Nama pun tutorial.Ok..Ok..Klik pada kekunci gerigi dan sila klik Unfollow.Kalau lagi benci klik pada Block.Kalau benci tahap dewa 19 klik Report for spam.Tapi ingat report for spam hanya untuk pengguna yang suka spam tak ingat dunia!Lihat gambar di bawah
Bagi yang sudah mendaftar di twitter,tahniah!Adakalanya twitter ni bosan dan adakalanya best sangat!Bagi yang tahu berbisnes,Ini lubuk puaka emas anda!Bagi yang tiada twitter aku tak paksa korang daftar buat akaun twitter.Ya aku akui memang bosan guna twitter.Entah kenapa mat saleh mengagung-agungkan twitter ini dan berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta dan ia merupakan suatu misteri lol!
Oh ya sebelum undurkan diri,kepada sesiapa yang ada emel berhati-hati dengan virus Twitter Initation Card.zip!Mereka yang tak bertanggungjawab suka menyebarkan virus ini.Kononnya anda telah dijemput untuk mendaftarkan diri dalam twitter.Hampeh.Nak tahu lebih lanjut,baca artikel saya tentang virus twitter ni!
Selamat Mencuba!
Jika nak follow saya di twitter dipersilakan!
9 comments:
tutorial bagus.
jap aku retweet
@ariff
thanks ariff...
kemudian rujuk http://www.menteil.net/tentang-twitter-yang-wajib-tahu.html untuk tindakan selanjutnya.. hehe.. sori ini bukan spam..
wah! lengkap! terbaik!
terima kasih bagi link ke artikel retweet zulseffort :D
@zuls
sama-sama!
bagus sekali tips ni....terima ksih bro
sampai sekarang xtau lg keguanaan twitter nih..huhuuu
@1tomyam
sama-sama..kalo ader tips boleh kongsi lagi..!
@morriss
kalo ko berbisnes twitter nih bleh jdkan ko kayer tau..!!stakat nih aku guna untk main2 jer..tu jer fungsi ntuk aku..
Post a Comment