Passwordmu Visible lagi jika..



 PART 2
 
Kali ini ,aku ceritakan perihal satu software 3rd party yang wicked lagi sinister di mata aku mahupun pembaca blog aku.Pernah dengar tak software keylogger? Tentulah sesetengah daripada anda pernah dengar dan sesetengah daripada anda baru pernah dengar dan sesetengah daripada anda sedang cuba search software ini dan sesetengah daripada anda sudah banyak mendapatkan password yang berharga hasil daripada Software ini.





Apa Itu Keylogger?

Soalan bagus.Keylogger adalah satu software 3rd party sama ada ia telah dicipta oleh software developer atau pun daripada independence developer (DIY atau Software cap ayam/buatan sendiri).Paling bahaya Software DIY.Memang ada jenis DIY ini tapi untuk kegunaan sendiri...kalau ada pun diorang distribute kat warez-warez barat.Ataupun senyap-senyap buat kerja terkutuk ini.

Apa fungsi beliau (keylogger)?


Senang saja.Detect Password dan Username lepas itu keep it all sampai tuan punya software keylogger ini buka.Bahaya beb...Wicked sick betul.Penggunaan keylogger tanpa had, apa yang anda tulis pada kotak username dan password,(keylogger) akan simpan!!! Tak kiralah password email ataupun login untuk ke Garena,semuanya nak dikebas.Silap haribulan password gengblogger pun mereka angkut sekali.

Terbaru?


Sebenarnya keylogger dicipta tetap.Maksud disini adalah kalau keylogger itu install dalam Local Disk C, alamatnya sampai tualah Software keylogger duduk dalam Local C.Paling terbaru versi Portable.Boleh angkut software ini dalam pendrive/USB.Wah, kencang betul.Lepas ini apa pulak?

Tempat yang selalu ada Keylogger.
Aku memang target kat tempat-tempat macam ini.!

Cyber Cafe-101% A1 , GPA 1.0
sudah tentu.Aku adalah antara mangsa yang tak bersalah.Kat sini password game CSO aku kena kebas!Hampeh~

Library-79% , A2
Tak kiralah library sekolah atau awam yang mempunyai komputer.Dalam library sekolah aku memang berlambaklah.Tak payah cerita.

Bilik Komputer-65% B3
Sini kalau nasib boleh jumpa la ya.

Laptop30% ?
Tak kira sama ada anda meminjam laptop dari best friend atau beri pinjam laptop.Kalau anda beri pinjam,lepas itu kawan anda pulang balik laptop itu,pastikan tiada keylogger ini.

Rumah sendiri-Kurang 2% ?
Sesetengah saja...Tak semua.

Cara nak kesan


Selongkar Program Files, All program menu,pada startup, pada taskbar,pada desktop dan dalam process Task Manager.Tak jumpa?cari pula dalam Local Disk masing-masing.Tak jumpa lagi?Guna kaedah search files and folders.Tak jumpa lagi?Kill process keylogger.Tak jumpa lagi?aku dah kehabisan cara nak bagitahu.Terpulang pada anda semua untuk mencari dan percaya.

Cara Atasi

Unistall program.


Cara paling strategik.Sebelum layari internet pastikan anda check semua.Check pada Local Disk anda, All Program pada Start button,Pada taskbar,dan pada Task manager.Kalau boleh anda stop service keylogger ini.Carannya.Pergi ke run atau guna shortcut key Windows Key+R , lepas itu tulis msconfig.Klik pada tab services.Klik pada hide all microsoft service.Untick keylogger tersebut.Klik apply dan restart balik PC.


Task Manager Disabled?Pakai Software ini Jika berada dalam cyber cafe,cuba kill Process Keylogger sebelum Uninstall program ini.Cara tekan CTRL+ALT+DEL.Pergi ke process.Cari process keylogger dan kill beliau dengan right klik dan pilih end process tree. Anda tak tahu yang mana satu process keylogger?Pakai Code stuff starter.Siap ada description pada setiap process.Lagi senang.Cari satu-satu


Tak boleh juga?Cubalah damagedkan salah satu fail Keylogger dengan mengubah nama atau rename balik program penting seperti file type .dll.Contoh:kalau fail keylogger itu bernama kyl.dll , anda cuma perlu ubah jadi nama lain seperti kkkk.dll.Nak lagi senang,delete saja fail yang ada nama .dll.Lagi senang. Ini cara yang paling lapuk dan belum tentu boleh jalan.Kalau boleh Guna Unlocker kalau tak boleh nak delete.Software ini digunakan untuk rename,delete,move dan copy fail-fail yang degil.

Install Antivirus


Antivirus boleh detect keylogger kerana sesetengah keylogger ini menggunakan virus jenis trojan (betulkan aku kalau salah!).Cntoh antivirus yang memang aku salute adalah Avira dan pakcik kapersky.Pakailah Geek Virus Remover (GVR).Software antivirus buatan anak Malaysia.Tak besarlah failnya.Kalau aku,aku pakai Avira dan GVR.Jika Di CyberCafe, sumbatlah segala mak nenek antivirus.Nak lagi selamat sumbat sekali firewall.Aku guna Kerio Firewall dan bukan Oreo! sebagai benteng pertahanan.Jangan lupa sentiasa Update Antivirus anda tak kira anda guna di CyberCafe mahupun di rumah.

Pemilihan Browser


Cadangan aku , baik anda pakai Mozilla Firefox ataupun Google Chrome.Kalau di Cafe pakai Private Browsing untuk firefox ataupun kalau Google Chrome pula pakai Cornetto Incognitto mode (salah eja kot).Ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana mode ini digunakan untuk tidak menyimpan walau satu Cookies pun
.Perhatian!.Sesetengah software Keylogger ada feature untuk dapatkan password daripada cookies dan cache.Sentiasa Update Browser anda.Nak pakai lain aku tak kisah tapi kalau di cyber cafe aku pakai sahaja browser macam ini.Safety first beb..

Guna 3rd Party Software.
Gunalah NEO safekeys.Saiz tak besar.Selain itu, korang semua boleh guna Javascript Virtual Keyboard.Nak keterangan?Hehe bacalah sendiri readme/instruction.Pakai Spybot Search And Destroy pun boleh.


Guna Addon Keylogger

Setakat ini aku baru dengar ada addon untuk prevent keylogger.Tapi untuk platform Firefox.Pakai Keyscrambler.Platform lain seperti Google Chrome,Safari,Opera,Netscape aku tak tahu dan tak pernah ambil tahu.kenapa?Ada la...

Perhatian


Anda semua sudah habis baca artikel ini? Mulai sekarang berhati-hati ketika melayari internet tak kira anda berada di cyber cafe,atau di library sekolah , ataupun pinjam laptop dan seangkatan dengan mereka.Dah tahu fungsi keylogger?Aku nasihatkan tak payahlah lepas ini nak tanya pakcik Google...Guna keylogger banyak keburukan daripada kebaikan."Kau dah dapat password si X tu nak buat apa?Perkasam?".Tepuk dada tanyalah diri sendiri...

Siapa Tok Dalang 


saja dan tiada kena mengena!
 
Kalau di Cyber cafe, aku syak Towkey Cyber cafe.Selain brader ini , pengunjung lain pun boleh juga yang terer dalam bab ini.

Rumah pula,adik-beradik.Tak kira abang,kakak,adik laki dan perempuan mahupun bibik.Kononnya mereka tunjuk "power" la dalam nak cari password ini.Padahal guna software cabuk!.
 
Kalau dalam Kolej atau Universiti adalah rakan sebilik,sahabat dan yang paling bahaya graduan yang ambil jurusan IT.Tapi aku takdelah nak tuduh semua graduan yang ambil course IT. Sesetengah sahaja.Kalau ada orang macam ini, layak dipanggil banduan bukannya graduan.Tinggi penghormatan aku!Room-mate sebilik pun jangan percaya sangat.Pastikan anda check dulu USB mereka sebagai langkah pragmatik.

Kesan Sampingan pada pengguna Keylogger

Ini pendapat aku.Anda menjadi addicted! Suka buat kacau.Di samping itu,guna keylogger ini hanya menjahanamkan PC atau laptop anda saja.Kenapa aku cakap macam ini?Sesetengah keylogger mempunyai Trojan,Spyware,Malware,Tupperware dan Hampeh.Keylogger ni juga makan tuan. Sebab? Tahu spyware? Bukan James bond dan bukan Jins Shamsuddin yang berlakon dalam cerita spy. pakcik ini akan spy password anda pula.Lepas itu bagi send password and username korang pada Author yang sebenar! lebih-lebih lagi Keylogger D.I.Y! Padan muka.Senjata makan tuan.

Kesimpulan


Sesetengah pembaca yang baca artikel ini pasti akan tahu dan berusaha untuk hindari kejadian ini.Sesetengah pembaca yang lain (mungkin) dah baca lepas itu terus search kat google.Sesetengah pembaca yang baca artikel ini pasti dah tahu ilmu hitam ini dan Insaf (boleh percaya ke) dan sesetengah daripada pembaca mungkin dah baca dan sedang plagiat artikel ini untuk menghiasi blog mereka.Ini lagi hampeh.

Pendek kata.Kalau ada salah dan silap bila aku tulis artikel ini harap di-ampun dari keyboard button ESC hinggalah keyboard 2nd button Enter nun disebelah sana. Kalau ada silap dan salah dalam artikel , tu kat bawah ada ruangan komen khas untuk sang raja berkomen .Nanti Gua updatekan story gua kat new post pulak! Jangan jadi Anonymous yang berhingus.Kutuk disebalik nama baik anonymous. Nak kutuk pakai ID yang real lagi benar.Sukacita aku terima cadangan dan kutukan dengan jayanya bagi cadangan dan gelakan bagi kutukan. wakaka.

3 comments:

Unknown on 3/1/10 said... [Reply to comment]

"paling bahaya graduan yang ambil jurusan IT"

aku budak jurusan IT dan ko kata budak jurusan nie paling bahaya ?

Muahahahaha ko betul !

Alaa sajer wat guraw-guraw kasar ngan adik.

Anonymous said... [Reply to comment]

Amazing as always

Anonymous said... [Reply to comment]

Странно, искал совсем не это, гугл выдал Ваш сайт, и судя по всему не зря, есть что почитать! Goodwork!

Post a Comment

Follow Me!

 

Copyright 2010 All Rights Reserved | Semua Artikel ini di karang Oleh heatzik | Original Artikel dariUncle Gua..haha