Virus Newfolder.exe ini memang selalu terjadi apabila anda bertukar-tukar fail dengan rakan menggunakan USB.Selain itu ia juga terdapat dalam fail yang anda telah muat turun.Newfolder.exe ini selalunya akan menyorok dalam fail seperti winrar dan apabila anda extract maka terlepas lah ia..
Sesetengah antivirus tidak dapat untuk mengesan virus jenis ini kerana terdapat banyak variasi newfolder.exe pada masa sekarang.Oleh itu anda harus mendapatkan software anti-virus yang spesifik untuk menangkis serangan virus.
Bagaimana Virus Ini Berfungsi?
Virus ini berfungsi dengan menghalang (disabled) folder option,regedit, task manager dan fail yang berkaitan dengan Windows.Virus ini juga akan menukar fail anda kepada .exe.Sebagai contoh katakan fail anda adalah kerja kursus.doc,virus ini akan menukarkan fail tersebut kepada kerja kursus.exe yang sememangnya virus.
Software Apa Yang Boleh Menghalang?
Nak guna anti-virus biasa pun boleh.Syaratnya kena update definition setiap hari (daily Update).Aku cadangkan korang guna software Combofix.Khusus untuk halang virus jenis ini.
Bagaimana Untuk Mengguna Software ComboFix?
Ikuti langkah-langkah ini:
Selepas anda download Combofix, anda perlu restart balik PC anda dan masuk ke Safe Mode.Untuk ketahui cara memasuki safe mode,kliklah di link Safe Mode.Sesetengah antivirus ini akan mengesan software ini sebagai virus,ignore kan antivirus anda.Software ini safe.
Combofix akan menjalankan aktiviti selama 5-15 minit paling koman..Combofix juga akan membuat sedikit restore point untuk anda dan mungkin akan restart balik jika keadaan memerlukan.Jika USB anda juga telah dijangkiti,cucuk USB anda ke Port USB.
Selepas menjalankan aktiviti,virus tersebut sepatutnya hilang dari PC dan USB anda.
Bagaimana Jika Software Ini Tidak Berfungsi?
Jangan bimbang.Guna cara manual yang saya akan ajarkan kepada anda.
1.Buang segala autorun.inf dan fail yang tak boleh dipercayai (suspicious Files) yang terdapat dalam USB.
2.Pergi ke Control Panel dan terus ke Schedule Task dan buang schedule yang mencurigakan.
3.Pergi ke Run dan taip msconfig.Pada startup tab anda cari entri yang bernama newfolder.exe atau regsvr.exe atau kedua-duanya dan uncheck pada kotak tick.
4.Buka task manager dan terus ke process tab.Cari process newfolder.exe atau regsvr.exe dan terus kill process tree.
5.Buka Registry dengan menaip regedit pada kotak Run.Terus cari (find) newfolder.exe atau regsvr.exe atau kedua-duanya.Jika jumpa buang mereka (delete).Delete yang berkaitan.Pastikan anda search berulangkali kerana terdapat banyak root.
6.Restart balik PC anda.
Semoga Berjaya!
0 comments:
Post a Comment