Hati-Hati Dengan KoobFace


Sejenis virus baru telahpun lahir dan bakal merosakkan PC anda.Virus yang diberi nama KoobFace itu seringkali tersebar dalam Jaringan Sosial atau Social Network seperti Facebook (FB) , Myspace (My),Hi5,Twitter, dan Bebo.

Koobface adalah sejenis virus Worm yang menyerang menggunakan laman web Social Networking.Tambahan lagi,virus tersebar dengan menggunakan kaedah Spam ke MailBox Social Network.Virus ini akan menghantar satu pesanan (message) yang bertulis "Link To a Video"


Selain itu,Koobface juga akan menghantar satu pesanan (message) kepada seseorang yang mempunyai status "friend" pada Facebook.Setelah menerima, pesanan (message) tersebut akan redirect kepada 3rd party Website (palsu!) dimana web tersebut akan meminta untuk mendownload sesuatu aplikasi ,kononnya ia adalah sesuatu Update terbaru dari Adobe Flash Player.Virus Koobface ini akan menyerang PC sekiranya pengguna mendownload executable batch file,(exe),virus Koobface ini akan terus menjangkiti fail tersebut

Koobface akan menjangkiti PC anda dan seterusnya akan menggunakan PC anda untuk menjangkiti website lain.Lihat Contoh gambar dibawah!

Link Palsu Video


Jangan Tekan jika terdapat pesanan ini!


Yuotube.com.Bukan youtube.com.Dan jangan ke sana!


Error yang akan anda dapat!


 Anda akan dibawa ke Laman Web baru untuk mendownload fail dari jenis exe.Disini anda dijangkiti!
Selain itu,Setelah berjaya memerangkap pengguna,virus ini akan menyebabkan PC anda menghantar Malware Tambahan, membuat Iklan Pay Per Click (ads),mencuri data-data penting anda,menyah-kod CAPTCHA dan mengganggu pengguna ketika Online.Virus ini juga akan membuat satu connection daripada domain-domain tertentu untuk mendownload malware-malware yang lain


Antara KoobFace yang sama


Net-Worm.Win32.Koobface.a, seirngkali menyerang myspace.  
Net-Worm.Win32.Koobface.b, seringkali menyerang Facebook.
WORM_KOOBFACE.DC, seringkali menyerang twitter
W32/Koobfa-Gen, seringkali menyerang Facebook, myspace, hi5, bebo, myYearbook, Tagged, Netlog, badoo dan fubar.


Sumber;Wikipedia

Hanya menyerang Windows Sahaja setakat ini!






0 comments:

Post a Comment

Follow Me!

 

Copyright 2010 All Rights Reserved | Semua Artikel ini di karang Oleh heatzik | Original Artikel dariUncle Gua..haha