Cabaran Eksperimen Bahasa: Mencabar Otak korang hingga tahap maksimas!


Post kali nie aku join Eksperimen Miss N...Naper?Pasal aku dah takde kerja nak buat...Kerja kat luar mak tak bagi (sob....sob....)

Korang nak join ke????Kena la bace dulu syarat-syarat keramat Miss N dulu....Klik Sini untuk ke sana....

Cabaran nie dimulakan dengan ayat yang wajib dijawab oleh setiap umat Islam...(yang beri salam tu sunat)


Assalamualaikum.....!


Dan
selamat sejahtera
kepada yang bukan Islam

Tarik nafas dalam-dalam ye....nie satu ayat nieh!!!!Kalo aku ade salah ke,ape ke,harap Miss N dan yang lain2 tolong perbetulkan dan beri sikit tunjuk ajar kepada saya yang masih berdarah muda nie...

~~~

Perkataan Pilihan:Pakcik


Pakcik aku nama beliau adalah Ikhmal yang mempunyai seorang kenalan yang juga merupakan Pakcik aku yang paling akrab dengan Pakcik sebelah rumah aku,iaitu Pakcik Kamal dan mereka berdua adalah kawan baik dan juga merupakan Pakcik yang paling saya "tabik spring" dalam dunia hakiki ini , Tambahan pula pakcik Kamal kenal juga dengan Pakcik kawan baik jiran sebelah rumah saya yang rumah kedudukan koordinatnya adalah 40x,478y yang bernama Pakcik Idris yang amat mengenali bapa saya bagai isi dengan kuku dan mereka juga mengenali seorang Pakcik yang sangat terkenal di kawasan sekitar Taman Desa yang bernama Pakcik Rahmat yang berumur 60 tahun dan sangat tua juga dibenci oleh orang ramai kerana perangainya yang suka sangat mencabut rumput di rumah Pakcik-Pakcik di sekitar kawasan saya yang juga merupakan Pakcik yang menggangotai dan tercatat dalam salasilah keluarga saya kerana mereka merupakan anak-anak dari Pakcik-Pakcik bapak aku yang sebelumnya yang kini telah meninggal dunia dan hanya meninggalkan nama mereka dengan gelaran Pakcik sebagai "title" agar tidak menjadikan diri mereka seperti harimau yang mati meninggalkan belangnya dan tanpa melengahkan masa lagi, aku terus pergi ke rumah Pakcik Kassim untuk mengambil Mangkuk tingkat yang telah dipinjam daripada mak aku 2 tahun lepas dan tak pernah pulang sehingga sekarang kerana apabila Pakcik Kassim hendak berangkat ke rumah aku dengan sepantas kilat perut beliau menjadi sangat sakit mengalahkan perempuan mengandung walhal rumah aku takdelah jauh sangat , cuma 1.4357 km dan untuk lebih tepat dan mutakhir lagi adik-adik , abang-abang , makcik , Pakcik sekalian perlu membundarkan 1.4357km ini kepada 2 tempat perpuluhan agar anda semua terutamanya makcik dan Pakcik sekalian tidak terlajak walaupun 10 meter pun kerana rumah saya amat susah dikesan kerana saya menggunakan software "IP-Hider" yang telah dicipta oleh Pakcik Steven-Seven-Eleven-Elven-Elak-Sana-Sini supaya rumah saya tidak dicerobohi oleh hacker yang tak bertanggungjawab dan juga Pakcik Google yang asyik hantar kuncu-kuncu beliau, iaitu spybot search engine untuk mengesan rumah aku yang sangat cantik , Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga aku mahu belajar untuk elak perkara tak senonoh ini dengan mempelajari ilmu mempertahankan diri daripada Pakcik Steven Stalonie yang mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris-Belanda-Peranchis-Itali-Indon-Myanmar-Kanada dan banyak lagi serta korang boleh 'list'kan ape bangsa yang ade kat atas dunia yang penuh dengan pancaroba serta fana nie ,Oleh hal yang demikian kerana keturunan beliau suka kawin dengan Pakcik Eropah dan juga tidak ketinggalan Pakcik Asia seperti yang tercatat di atas , Sejajar dengan itu mulut Pakcik Steven telahpun berbuih kerana terlampu banyak menceritakan salasilah keluarga dia dan telah meninggalkan dunia ini menuju ke alam lagi satu dalam keadaan yang memilukan lalu dengan "ikhlasnya" , aku lari bertempiaran ke rumah Pakcik Hisham (bukan nama Sebenar) untuk menyorok serta memuhasabahkan diri sendiri agar Pakcik-Pakcik dalam salasilah keluarga aku tenang menghadapi pemergian Pakcik Steven yang disayangi dan aku terus berfikir, fikir, fikir lalu tertidur pada pukul 3 pagi, GMT +3 dan esoknya aku tersedar di atas katil aku dan terus buka internet lalu menulis post ini kat dalam blog aku nie dan mengatakan bahawa semua cerita-cerita ini hanyalah rekaan semata-mata , tiada kena-mengena dengan ibu-ibu ,bapak-bapak siapa yang punya anak (eh tersasul) dan juga makcik-makcik , Pakcik sekalian sama ada Pakcik sebelah ibu , Pakcik sebelah bapa , Pakcik sebelah datuk, Pakcik sebelah nenek, Pakcik sebelah bapa sedara , Pakcik sebelah mak sedara , Pakcik serta keluarganya yang duduk dalam taman aku dengan jarak radius sekitar dalam lingkungan 10Km persegi serta tidak lupa juga kepada Pakcik-Pakcik lain yang tidak ada kaitan dengan aku secara zahir mahupun batin dan oleh yang demikian , post kali ini ditamatkan dengan ucapan 'keramat' yang amat dikenali seantero Malaysia iaitu " LU KENA BEB!!!!" haha,Sorry.

~~~


Perkataan Pilihan : Pakcik
Total= aku tak bilang lagi....Esok la...


6 comments:

Unknown on 18/12/09 said... [Reply to comment]

jawapan nih dah macam karangan tapi memandangkan cuma ade stu titik,kire satu ayat gakla.....(memenuhi terma dan syarat)

jgn lupe send nama n alamat kat emel deco ye..

footnote:tak pening ke mase wat ayat nih???
deco udah pening2 lalat tuk memahaminye

Mr ProPiTo on 18/12/09 said... [Reply to comment]

ni tipu ni.... Mana ada lepas tanda koma.. huruf besar..hahaha

Ko pun join sekali...hehe.. nanti ko dapat kad bertuah deco..hehehe

Dak Wan® on 18/12/09 said... [Reply to comment]

Berpinau mata membaca nie :) Hehehe

aida on 20/12/09 said... [Reply to comment]

kreatifnya... xde can la nak menang camni..huhu

heatzik on 20/12/09 said... [Reply to comment]

Warghh~~

Aku pon bace sakit mate...!!
Cmne ntah aku dapat idea nie...

Dak Wan® on 9/1/10 said... [Reply to comment]

Giler panjang ayat nya. Tahniah kerana meramaikan majlis!

Post a Comment

Follow Me!

 

Copyright 2010 All Rights Reserved | Semua Artikel ini di karang Oleh heatzik | Original Artikel dariUncle Gua..haha