Fungsi Optimize Dalam Feedburner


Bagi sesiapa yang terlepas fungsi Analyze dalam Feedburner dan Tutorial Mendaftar Di Feedburner , anda dialu-alukan klik salah satu yang berkaitan!
Salam semua.Hari ini mari kita lihat dan kaji apa fungsinya optimize dalam feedburner.Tapi sebelum itu,anda dikehendaki mendaftar dahulu ke feedburner dengan menggunakan akaun emel google anda!


Setelah anda login dan masuk ke feedburner anda.Sila klik bahagian Optimize.Anda akan dibawa ke satu menu.Lihat sidebar di sebelah kiri skrin anda.Akan kelihatan seperti begini:

Lihat bahagian View.Terdapat 2 pilihan.Your Feed dan XML Sources 

1st Menu:view

Apa itu Yourfeed?
Memaparkan artikel-artikel anda dalam bentuk kosong (hanya huruf dan tiada gambar).Jika klik barulah akan redirect balik ke artikel di blog anda!

Apa itu XML Sources?
Merupakan XML yang sebenar yang akan diberikan kepada subscriber.Segala settings atau perubahan yang anda lakukan dalam feed anda akan diubah di sini.(bahagian ini tak perlu anda faham sangat.Just ignored pasal semua feedburner buatkan secara automatik) 


2nd:Menu:Services

Lihat Browser friendly
Ini adalah antara feed-feed lain yang terdapat di Feedburner.Memberikan visitor anda pilihan untuk menggunakan mana-mana feed untuk emel subscribtion mereka.Justeru menyenangkan mereka.Dinasihatkan untuk aktifkan servis ini.

Lihat Smartcast
Khas untuk web (bukan blog) yang ada podcast.Dinasihatkan menggunakan dan mengubah bahagian sini dan deactivekan settings ini melainkan anda mempunyai RSS 2.0.Servis ini khas untuk podcast sahaja.Dinasihatkan lagi jangan aktifkan servis ini

Lihat SmartFeed
Menterjemahkan feed anda ke RSS atau Atom untuk menyesuaikan pembaca/visitor anda yang menggunakan reader application (Google Reader,etc).Dinasihatkan untuk aktifkan servis ini!

Feedflare
Memberikan kesenangan kepada subscriber/pembaca anda untuk berkongsi (share),Tagging dan emel kepada sosial network seperti technoratti,digg, dan lain-lain.Feedflare akan meletakkan satu link footer pada setiap artikel anda untuk membolehkan mereka berkongsi dan memberitahu kepada komuniti mereka.Contoh,lihat di bahagian bawah sekali artikel ini atau yang mana-mana satu artikel,ada butang share on facebookkan?Itulah dia feedflare!Klik untuk kongsi artikel ini dalam facebook anda!Anda boleh memilih sebahagian sahaja.Buat pilihan yang bijak.Jangan meletakkan semua pilihan kerana dikhuatiri akan membuatkan blog anda loading terlalu lama.Anda juga boleh membuat personal flare.Jika anda pengguna disqus,letakkan flare anda disini dan klik pada kekotak untuk menanda flare tersebut untuk aktif.Setelah memilih,aktifkan servis ini dengan menekan butang aktif/save.

Artikel Ini akan bersambung lagi.Harap tunggu dulu kemunculannya.Saya akan menerangkan lagi secara spesifik.Kepada sesiapa yang terlepas pada artikel feedburner yang lepas,dinasihatkan baca dahulu artikel saya yang terdahulu.

*Nota kaki:Akhirnya siap juga part 1.Maaflah kerana ada part 2.Penerangan panjang sangat.Aku tak suka artikel aku panjang lebar haha..Kalau nak alert bolehlah subscribe blog au.Hanya letakkan emel korang kat bahagian langgan!Terima kasih!









blog comments powered by Disqus

Follow Me!

 

Copyright 2010 All Rights Reserved | Semua Artikel ini di karang Oleh heatzik | Original Artikel dariUncle Gua..haha