Tips memilih Template





Jika anda ber'blogging' ,Sudah tentu anda menghiasi bog anda dengan Template yang cantik-cantik belaka.Di sini , background atau Template blogger yang anda pilih memaparkan 'kepeibadian' anda dan corak fikiran anda. Misalnya , Jika anda memilih warna 'Pink" , mind set pelawat sudah tentu tetap dan mengatakan bahawa anda seorang 'Perempuan' dan jika anda seorang lelaki dan memilih blog template yang bertunjangkan warna "Pink" , mind-set pelawat pasti mengatakan anda tak normal...Haha Gurau jer.Jangan ambil hati...Sebenarnya tidak kira anda lelaki atau perempuan , anda bebas memilih warna kesukaan untuk template anda !





 Master Tips!


Sebelum anda mendownload Template,Sila Klik button Demo atau Preview dahulu.Hal ini untuk memastikan bahawa anda tak "TERTIPU".Setelah anda berpuas hati,barulah anda memulakan Download anda..!

Antara web Blogger template yang menyediakan kemudahan untuk Demo/Preview adalah:


Tips 1: Pemilihan Template!


Langkah yang paling pragmatik untuk anda selepas anda mendaftar untuk membuat blog..!Jika anda seorang yang baru 'berjinak' dalam dunia blog ini, pastikan anda tahu apa itu Javascript , CSS,Widgets,dan juga layouts. Hal ini kerana ini merupakan asas berblogging yang wajib anda ketahui. jika anda hendak memilih template (bagi yang baru) dan tahu serba sedikit tentang kod javascript dan .xml ,bolehlah anda memilih template yang unik yang sesuai untuk anda.





Bagi seorang 'noob' (orang baru) pula,anda bloleh menggunakan Minima Template untuk blog anda.Tidak kisah sama ada 2 Column atau 3 Column,pasti ianya senang untuk anda kerana kod HTML senang untuk di-edit leh anda. Dari sini,anda akan mula faham tentang kod-kod HTML ,apa yang perlu diubah ,dan apa yang tak perlu diubah!





Tips 2 : Warna Template


Warna Template juga merupakan salah satu faktor kenapa anda harus memilih template ini.Warna melambangkan Identiti anda semua.Jadi,Pemilihan warna juga perlu dituruti dengan pemilihan Font tulisan anda.Jika anda memilih Template yang berlatar hitam , anda perlu setkan Warna Font tulisan anda putih dan sebaliknya mengikut kesesuaian warna.Jika tidak,visitor pasti terpaksa 'highlight'kan tulisan anda setia kali ingin membaca..Warna mesti ada "Pro dan Kontra". tak gitu hehe..



Ingat! pemilihan warna perlu bersesuaian dan anda akan berasa "happy-Go-Lucky" dan Warna template tidak terlalu terang hingga sakit mata memandang dan hati pun aku sakit juga...Pemilihan warna pula jangan terlalu Extreme sangat.Setakat 4 atau 5 kaler asas takpe lah..Ini macam set "Water-Colour" je...


Tips 3 : Column Blog


Column merupakan 'tiang'  yang penting untuk anda berblogging.Perkataan Column ini bermaksud TIANG dan memang ianya tiang blog anda.Pemilihan kolumn mesti bertepatan dengan kriteria.Cadangan aku,ambil template yang mempunyai 2 atau 3 Template.Jika tempate tu ada Header atau Footer untuk letak gadget , lagi bagus!Ada 'space' sikit untuk anda.



Dan pemilihan column mestilah anda ingat.pilih column yang tidak menjadikan Post anda lebih kecil dari Column.Membazir Ruang la...Molek jika memilih main-Post anda besar, 1 Column sederhana dan satu column kecil.Tiang yang kelihatan 'Stabil' menjadikan blog anda menarik.


Tips 4:Bertepatan dengan Tema yang anda bawa


Ni yang buatkan aku ketawa terbahak-bahak.Tapi blog tu Orang putih punya la...Isi kandungan blog beliau 'mantap' beb...tapi tengok template , tu dia......background lain dari yang lain.Boleh dikatakan lari dari jalan yang lurus.

Ok, maksud saya adalah template yang anda pakai mesti bertepatan dengan tema yang anda pegang.Jangan lari dari tajuk. Jika anda nak juga template tu,Buang apa yang tak sesuai dengan tema anda seperti gambar.Yang lain seperti warna,Biarkan saja.Untuk mengubah , anda mesti dah 'Power' dalam edit-HTML..Nanti jadi benda lain pulak.Backup Template anda dengan menekan Download Full Template yang memang dah tertera kat atas.

Tips 5:Widgets


Dapatkan Widget-widget yang amat penting sahaja untuk anda.Widget yang hanya sekadar menghiasi di tepi-tepi atau di-atas hanya menyibuk dan menyusahkan pelawat saja.Paling utama,Lagi kurang Widget dalam blog anda,lagi senang pelawat nak baca.Tak perlulah terlampau banyak widget kerana jika template anda kecil sekadar 2 Column letak widget banyak-banyak pun tak guna.Menyusahkan Visitor je....






Senarai Widget Penting.


ShoutBox

 ShoutBox.Boleh meningkatkan trafik anda(jika anda pandai pancing orang la..)Shoutbox membolehkan anda berinteraksi dan ber'sosial' sesama blog anda.


Feedjit
Feddjit boleh mengesan kehdiran para pelawat dengan meyatakan dari arah mana mereka datang dan tempat asal mereka.Feedjit boleh digunakan untuk lihat kepopulariti artikel anda dengan meletakkan peratusan pelawat membaca.


Whos.among.us
Widgets whos.among.us ni membantu anda untuk melihat pelawat yang online melawat web anda.


Google Followers
Anda hanya peru pergi ke page element dan add this gadget dan cari Google Followers.

Mybloglog's
Mybloglog fungsi sama seperti Google Follower tapi khas untuk pelawat yang ada akaun Yahoo sahaja

Tips 6:Feature Template
Perlu ada RSS atau "Really Simple Syndication".Tujuannya adalah untuk membolehkan artikel anda tersebar kat dalam Internet.Selain itu untuk Blogger newbie atau X-pert yang mempunyai rangkaian sosial(sosial Network) seperti Twitter atau facebook ,Feature Template menyediakan widget sedia ada  khas untuk anda.Anda sebagai visitor hanya perlu tekan sahaja gambar 'burung' untuk jadi follower Twitter.Namun ,Widget sedia ada ini hanya menyusahkan sesetengah blogger sahaja.









 





0 comments:

Post a Comment

Follow Me!

 

Copyright 2010 All Rights Reserved | Semua Artikel ini di karang Oleh heatzik | Original Artikel dariUncle Gua..haha